April 29, 2012

Rainbow cake

Salam ^_^V

Hola hola. Hehe. Hari ni Kyra ada buat kek la. Asyik buat  kek ja keja. Dapat2 resepi terus cuba. Minat punya pasal mcm mana pun tak pa asalkan puas hati dapat buat. Bila jadi , fuuuhhh tak tau nak gambarkan perasaan macam mana. Happy tak terkata wooo. Haha. Pulun sungguh.:p

Okey resepi hari ni ialah RAINBOW CAKE. Tu dalam bahasa orang putih la. Kalau bahasa melayunya KEK PELANGI. Saja tulih rainbow sebab nak commercial sikit la kononnya. Wahaha. Now, kita tengok bahan2 dan cara macam mana nak buat kek nih sama2. Sini sini sini............


BAHAN-BAHAN


250g butter
220g tepung gandum * (Kyra guna tepung red rose)
1 sudu teh baking powder *
200g gula
4 biji telur Gred A
5 sudu susu segar
1 susu teh esen vanilla (Kyra xletak)
pewarna biru, purple dan merah 


*diayak bersama


CARA-CARA MEMBUAT


1. Putarkan mentega dan gula sehingga kembang.
2. Kemudian masukkan telur satu per satu dan putar lagi. Masukkan esen vanila dan kacau rata.
3. Masukkan tepung berselang-seli dengan susu dan diakhiri dengan tepung.
4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan titiskan pewarna.
5. Lapiskan adunan secara berselang-seli dalam loyang 8 inci.
6. Kemudian lorekkan dengan lidi.
7. Bakar dalam oven selama 45-50 minit.


* panaskan oven 10 minit sebelum kek dimasukkan kedalamnya. :)





tadaaa ! ni lah hasilnya. hehe.

Selamat mencuba. :)

Source: Kompilasi Hidangan Kek by Chef Noraini

Terima kasih sudi baca. LIKE sikit !

April 28, 2012

Thank You Allah !

Salam ^_^V

Hai hai. Alhamdulillah. Syukur kepada Allah yang tidak terhingga sebab result final exam UiTM dah pun kelura pada pukul 9 pagi 27/4/2012 , iaitu semalam. Result yang baik lagi untuk last sem. :). Ramai kawan2 yang dapat result yang cemerlang dan rata-rata banyak ucapan "TAHNIAH, CONGRATES". Syukur sangat2 sebab dapat tamatkan pelajaran dengan jayanya.

Kyra pon rasa yang sama walaupun sepanjang final exam berlangsung, banyak perkara yang berlaku dalam hidup. Dan perkara yang berlaku boleh menjejaskan pelajaran kalau tak pandai nak uruskan. Seriously, masa final tu memang rasa sangat2 tak terurus fikiran. Mana dengan masalah yang timbul, masalah study nak cover itu ini. Ada banyak topic nak baca. Boleh dikatakn antara hidup dan mati. (*wah! ayat power gitu.haha.) Oke sambung. Tak dak la sampai mati kan.

Macam yang Kyra cakap masalah macam2. Hadoi poniing den. Nasib baik la masalah tu dapat diselesaikan. Tidak lingkup dah final exam. Huhu. Lagi pulak ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Ntah la tak tau nak cakap mcam mana, hampir2 kawen dah ooi. Tidak den dah lamo jadi wife orang. Haha. 

Okey malas nak merepek macam2. Just nak share kegembiraan pasal result keluar ja. :)



Terima kasih sudi baca. LIKE sikit !

April 26, 2012

Resipi Apam Polkadot

Salam ^_^V

Hola hola. Hehe. Hari ini Kyra nak update dan share pasal rsepi apam polkadot yang Kyra dah buat minggu lepas. Kawan Kyra, Cik Ca'ah mintak letak resipi tu kat sini. Hehe.

Actually Kyra dah cuba buat sebelum ni tapi tak letak dalam acuan lompang. Jadinya kembang semangkuk apam polkadot tu. Haha. Minggu lepas Kyra buat sebab maksu Kyra ada cakap nak order apam tu. Jadi, Kyra buat tu sebagai sample la kononnya. Hehe. Bagi rasa dulu kalau puas hati bole order lorh. :)

Okey, tak nak merepek panjang2. Jom kita tengok bahan2 dan cara membuat apam polkadot nih.

BAHAN-BAHAN


275 gm tepung gandum *
220 gm gula halus
150 ml susu segar / susu cair (Kyra guna susu segar)
3 sudu teh baking powder *
3 biji telur dari peti ais
1 sudu kecil ovelette
1 sudu teh esen vanilla (Kyra xletak)
Filling atau perasa mengikut citarasa masing-masing ea :)
Pewarna mengikut warna yang anda suka dan yang dibenarkan :)


* diayak bersama


CARA-CARA MEMBUAT


1. Pukul putih telur sehingga kembang.
2. Masukkan ovelette, kuning telur dan esen vanilla (kalau nak letak) sampai kembang lagi.
3. Masukkan gula dan pukul lagi sampai kembang.
4. Masukkan tepung dan baking powder dan diselang-seli dengan susu dan gaulkan.
5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.
6. Masukkan setiap adunan ke dalam piping beg.
7. Picitkan adunan kedalam mangkuk kertas. Jangan lupa letak mangkuk kertas dalam acuan lompang ea. Hehe
8. Letakkan filling yang digemari. Untuk lebih mudah masukkan dalam piping beg dan picitkan.
9. Picitkan lagi adunan yang sama sehingga 3/4 penuh dan dot-dot kan dengan warna pilihan.
10. Kukus selama 10-15 minit atau sehingga masak.
11. Sedia untuk dimakan . Haha



cantik tak ? cantik tak dot-dot tu ? hehehe



suka3 ! yummy2 ! :)

Selamat mencuba  ea !

Terima kasih sudi baca. LIKE sikit !

April 21, 2012

GAMBARAN HARI KIAMAT

Salam ^_^v

Entry kali ni copy paste ja tapi sangat2 menakutkan dan mengingatkan kita semua. Huhu. Takut seyh. Jom baca...


!!! Gambaran Hari Kiamat!!!



- Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

- Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

- Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

- Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

- Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

- Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

- Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

- Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

- Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

- Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

- Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

- Pemimpin yang adil.
- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

- Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

- Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

- Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

- ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

- Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

- Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

- Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

- Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

- Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

- Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

- Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

- Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

- Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

- Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

- Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

Sedekah/amal jariahnya.

Doa anak²nya yang soleh.

Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Sumber: Amar Sufi

Terima kasih sudi baca. LIKE sikit !

April 19, 2012

Mmmmmm... SO Good !

Salam ^_^V

Wahh !! I am sooo happy ! Heheh. You know what ? Sebab semalam Kyra dah dapat  kerja lah. Kerja biasa2 ja pon. Sekadar memenuhi masa lapang yang ada sempena tamatnya palajaran dip. Hee. Daripada menjadi  penganggur terhebat baiklah pergi kerja kan? 

Kalau xkerja pon Kyra ada la buat muffin and cupcakes jual. Adek2 bawak p jual kat kawan2 kat sekolah. Alhamdulillah ada jugak rezeki. hehe. Tapi sekarang nih disebabkan dah dapat kerja, tak boleh la nak buat hari-hari. Hanya buat sebagai sampingan and bila ada order. Cewah !! Macam famous sangat pulak. Padahal xdak la sedap mn pon. Perasan ja lebih. Wahaha ! 

Eh2 ! Duk cakap pasal kerja tapi xgtau plak kerja apa kan.Mesti lah ada kaitan dengan tajuk entry ni. Cer tengok btol2 !! Haaa... Cepat teka! 1,2,3, TEEET lambat2. Meh sini Kyra gtau. Hehe. Kerja kat KFC ja. Actually dah penah kerja kat KFC sebelum ni. masa cuti sem penah kerja kat KFC Butterworth. Sempat la kerja dalam sebulan setengah kat situ. Jadi cashier. Hoho. Walaupun sekejap ja tapi ada banyak pengalaman yang ditimba kat sana. :)

So, sekarang nih Kyra ditawarkan oleh manager yang lama untuk kerja. Mula2 tu cadang nak kerja kat lain dulu. Ada jawatan sambilan kt pejabat MIDA Penang. Macam nk kerja kat situ. Tapi jawatan tu start bulan 7 nih. So, takkan nak menganggur 2 bulan kat umah. Wohoho. Tak sanggup ku. BOSAN la. Huhu. Setelah berfikir panjang Kyra pun dengan bangganya pergi ke KFC _______ dan tanya ada kerja x kat sana. Masa tu manager tak da la kt kaunter tu. Ye lah dah nama pon manager xkan nak duk kat kaunter plak kn. Hihi.

Bila manager dah datang kat kaunter Kyra pon toleh la belakang. Macam buat surprise la kat dia. Hehe. Oh ya Kyra panggil "miss". Oke2. Bila dah toleh miss pon cam terkejut la kan. Haha.

Dia cakap "akhirnya terjawab jugak. Ni cuti sem ka dah abeh ni"?
Kyra cakapla, "dah abeh dah miss". 
"Alhamdulillah". Dengan wajah yang cerianya miss jawab. :)

Pas tu dia bagi borang and pas isi suma tanya saiz baju and dapat on the spot !. Hehee. Okey senang cita dah dpat kerja. Boleh stat kerja next week ! Sila datang ramai2 yaw !! Haha. Kyra p dengan bff tapi dia xmau kerja sebab susah nak pergi n balik. Its ok. Kyra sangat2 berterima kasih kat dia sebab sudi teman Kyra p mintak kerja tuh. :) 

Selepas selesai proses memohon jawatan kat KFC tu kami berjalan-jalan la kat situ. Hehe. Bukan berdua ja tapi berTIGA !! Eh2 ! Tadi p dua ja tiba2 jadi tiga plak kn. hee. xdak apa yang peleknya cuma my bf sudi datang jugak even dia ada kelas semalam. Kelas abeh awal so, dia pon join dengan kami. Kami p tgok cerita "BATTLESHIP". Wah wah wah !! kau ado ?? Haha. Best cerita tuh. Rugi kalau x p tengok. :p

Kami bertiga tengok movie then makan2 jap. Pastu g solat n makan lg. Ice cream. Wajib tu ! Saya suka ice cream ! Lalalalala ~ Pastu baru balik. Hehe. Sangat2 happy lah semalam. Nothing much to say ' I LOVE HIM SOOO MUCH ' and ' I LOVE MY BFF '. Okey2. rasa dah xdak apa dah nak story kat sini. Full stop ! Byebye ! Hehehe........

Terima kasih sudi baca. LIKE sikit !

April 17, 2012

! Andai Lelaki Tahu !

Salam ^_^V
AWAS !! ENTRY PANJANG..

Tapi kalau baca sampai abes tak rugi pon. hikhikhik. Ada manfaat jugak entry ni. JOMMM BACA ! :P



ini gambar sebagai hiasan dan sumbernya dr Mr.Google :)


Andai lelaki tahu,
Apabila seseorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu,
Apabila seseorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu,
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh, tetapi percayalah semakin bertambah saying mereka pada seseorang, semakin banyak pula sesuatu yang terjadi.

Andai lelaki tahu,
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu,
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik bukan untuk dirinya tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu,
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang, tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu.

Andai lelaki tahu,
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.

Andai lelaki tahu,
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love you’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu,
Apabila perempuan kata dia rindu dengan kamu, dia benar-benar maksudkannya.

Adai lelaki tahu,
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya  mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya walaupun sebenarnya memang kamulah terbaik dihatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu,
Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud kasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya, Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai lelaki tahu,
Apabila perempuan berkata,"tolong tinggalkan saya”,.Dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar sahaja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitive dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu,
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan. Peremuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan lelaki itu berasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bias pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi , hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak-anak anda.


Terima kasih sudi baca. LIKE sikit !

10 Surah Yang Dapat Menghalang Ujian Besar ALLAH

Salam ^_^V

Tahukah anda terdapat 10 surah yang dapat menghalang ujian Besar ALLAH ?? Ada yang tau dan ada jugak yang tak tau kan?? Hehe. Kyra pon tak tau jugak. Huhu. So, jom kita baca sama-sama antara surah yang dapat menghalang ujian besar Allah. :)

1-Surah Al-Fatihah
Dapat memadam kemurkaan Allah SWT.


2-Surah Yaasin
Dapat menhilangkan rasa dahag atau kehausan pada hari Kiamat.


3-Surah Dukhan
Dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.


4-Surah Al-Waqiah
Dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.


5-Surah Al-Mulk 
Dapat meringankan azab di dalam kubur


6-Surah Al-Kauthar
Dapat meleraikan segala perbalahan


7-Surah Al-Kafirun
Dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.


8-Surah Al-Ikhlas
Dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafik.


9-Surah A-Falq
Dapat menghapuskan perasaan dengki.


10-Surah An-Nas
Dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.


Semoga Surah-surah diatas ini dapat menjadi amalan kita dan semoga kita selalu dilindungiNya. Amin...

Sumber: Islam Itu Indah
Terima kasih sudi baca. LIKE sikit !

April 9, 2012

"Segmen : Suaikenal | Taaruf | Ice-breaking"

Salam ^_^v


Nak join segmen lah ! Thee.. Jom2 join. :)




klik sini :)

Bagi memenuhi syarat2 segmen tu, Kyra akan menjawab segala soalan yang perlu dinyatakan. Heehe

Nama penuh: Sharifah Shakirah Binti Syed Idrus
D.O.B: 4 Januari 91
P.O.B: Hospital Bukit Mertajam
Sekolah Rendah: Sek. Keb. Sungai Dua
Sekolah Menengah: Sek. Men. Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
Universiti: Universiti Teknologi MARA, Perlis
Kerjaya: Penganggur terhebat. (hehe. gurau ja. masih mencari kerja.lalalala)

Hurry up ! Hari ini due date at 2300 pm...

Terima kasih sudi baca. LIKE sikit !

"Jangan Pandang-Pandang"

Salam ^_^V


Ada sesapa dah tengok cerita "Jangan Pandang-pandang" ? Apa?? Belum ??! Ouwh. Anda semestinya tersangatlah rugi rugi dan rugi !! Hahaa. (*belagak plak kn.hohoi)

Kyra dah pergi tengok cerita tu hari Sabtu lepas dekat Sunway Carnivall Mall, Seberang Jaya dengan my bff, Nur dan kawan dia Yaya. (*Ada driver on jak. Haha.)



ni haa cerita tu. ini gambar kita google ja. hee


Best woo cerita ni. Seriously. Hehe. Bagi Kyra la kan. Tak tau la plak tetiba bila orang lain p tengok cakap xbest. Yea la setiap orang ada pandangan masing2 kn ? Hee

Cerita ni lawak. Penat bergelak ketawa ja kat wayang tu. haha. Tengok la pelakon dia, "Zizan". Hadoi. Boleh kata semua orang yang kat dalam wayang tu gelak. Tak tau la kalau ada orang yang p tengok tapi xgelak. Mesti ada something wrong somewhere dengan orang tu I guess. haha.(*no offense. :-) )

Oke sekarang meh kita tgk sinopsis cerita nih. Then, boleh lah imagine cerita ni macam mana ye dak ? Hehe..

" Empat pelajar kolej jurusan Sains Sosial dan Manusia- Ajis, Ben, Yaya dan Diana ditugaskan untuk membuat satu tugasan mengumpul maklumat dan data tentang artifak-artifak di Gua Bewah. Yaya mendapat tahu Ajis bermain kayu tiga dan bertekad mahu putus hubungan namun demi menyiapkan tugasan, Yaya bersetuju unutk berdamai buat seketika. Tugasan berkumpulan memaksa mereka mencari ahli kumpulan yang ke-5 dari jurusan yang sama tetapi dari luar kampus bernama Marsha, seorang gadis gothik yang penuh misteri. Marsha kata beliau boleh membawa mereka untuk membuat kajian dan penemuan-penemuan artifak di kawasan gua yang tidak pernah di masuki manusia moden. Tiba di jeti Tasik Kenyir, mereka bermalam di dalam sebuah rumah bot kepunyaan seorang lelaki misteri bernama Abang Bob.

Bermula lah pengalaman pelik dan ganjil serta menakutkan sepanjang mereka mencari artifak di gua tersebut. Kesilapan mereka ialah memasuki kawasan gua yang dilarang kerana ia merupakan kawasan gua yang keras. Sekembali ke bot dari gua, mereka dirasuk oleh hantu gua dan diselamatkan oleh Abang Bob. Keesokan harinya Abang Bob menghilangkan diri manakala bot pula tiada minyak menyebabkan mereka mengambil keputusan mencari kawasan kampung untuk mendapatkan minyak. namun tindakan mereka itu memakan diri apabila mereka sesat jalan dan tidak temui mana-mana kawasan kampung mahupun jalan kembali ke bot.

Mereka terpaksa bermalam di dalam hutan dan diganggu oleh makhluk halus. Akhirnya mereka menemui sebuah rakit usang lalu mengambil keputusan mencuba nasib menaiki rakit tersebut daripada terusan menjadi mangsa gangguan mistik di dalam hutan. Mereka diselamatkan oleh bot peronda yang dipanggil oleh Abang Bob. Abang Bob menghilangkan diri sebenarnya untuk mendapatkan minyak tetapi telah disalahertikan oleh mereka berlima.Pengalaman di dalam hutan dan sepanjang kembara, mengembalikan ikatan cinta antara Ajis dan Yaya manakala membenihkan rasa cinta antara Ben dan Marsha".

Sumber:catsfm


Terima kasih sudi baca. LIKE sikit !

April 6, 2012

Puisi SITI HAJAR

Salam ^_^V



Pada hari Jumaat yang mulia ini ada satu puisi yang ingin dikongsikan bersama. Jom kita renungkan puisi ini :)




Siti Hajar wanita mulia,
Insan terpilih dan istimewa,
Perintah suami dituruti segala,
Diduga Allah meningkat imannya,
Biarpun ditinggalkan di lembah tandus dan gersang,
Bersama Ismail putera tercinta,
Jiwanya tabah menempuh rintangan.


Perintah Tuhan, Hajar laksanakan, 
Di lembah Bakkah tandus dan kering kontang,
Bekalan makanan sedikit tersisa,
Habis semua kembali lapar dan dahaga,
Kuasa Tuhan tiada siapa mampu menghalang,
Terpancarlah mata air zamzam,
Kurniaan Tuhan berlimpah-limpah.


Bukit Safa dan Marwa menyaksikan keimanan,
Berlari-lari tujuh kali Hajar laksanakan,
Hikmah disebalik apa yang dilakukan,
Itulah sa'i dikerjakan insan.


Menunaikan ibadah haji,
Diumpamakan insan yang lahir bersifat bersih dan suci,
Di kota Mekah manusia mengerumuni,
Mengakui kelemahan diri,
Dalam sebuah pencarian kehidupan ini,
Ibadah korban ditunaikan tanda cinta sejati,
Mencari reda daripada Ilahi,
Kerana Tuhan adalah.......
Yang maha benar dan hakiki. 


Puisi ni terdapat pada buku yang berjudul "SITI HAJAR" keluaran PTS Milennia. Penulisnya ialah Nurasyikin Ahmad. Boleh la beli dan baca. Memang tak rugi kalau baca buku ni. Buku ni menceritakan sejarah hidup Siti Hajar dan Nabi Ibrahim dan pengorbanan dan liku-liku kehidupan yang mereka lalui demi mendaulatkan agama Allah. :)





oke ni lah buku tu. hehe. kyra ada buku ni sapa nak pinjam pon bole. ;)



' Mengapa mendamba isteri sehebat Khadijah andai diri tak semulia Rasulullah SAW,
tidak perlu isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman,
mengapa mengharapkan suami setampan Yusuf seandai kasih tak setulus Zulaikha,
tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah'




Berikut merupakan "quote" yang boleh kita renungi bersama. Jadi, 'Renung-renungkan dan selamat beramal'. ^_^ 
Terima kasih sudi baca. LIKE sikit !

April 5, 2012

10 Perkara yang Yahudi TAK NAK Kita Tahu !

Salam ^_^v


AWAS !! Ini merupakan 10 perkara penting yang perlu anda tahu. Continue reading peeps !! :)

IMPORTANTE !!



1.Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar di dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya.

2.Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalalm ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk Israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.

3.Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapatkan bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan anda bercakap padanya di perut.

4.Mcdonald di Israel telah membuat pengubahsuian contohnya dari segi minuman, Mereka menggantikan kopi berkafein kepada the yang mengandungi polyphenols iaitu unsure kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser, kita di sini masih menggunakan kafein berbahaya !

5.Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan karbohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah-buahan akan menyebabkan kita merasa mengantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan di sini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.

6.Israel turut melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al-Aqsa dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya.

7.Majority buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967. Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al-Quds dan Tebing Barat. Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi.

8.Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi.

9.Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan memanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.

10.Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun. 

Terima kasih sudi baca :)

Sumber:I-Khalifah.com

Terima kasih sudi baca. LIKE sikit !

April 2, 2012

BETIK Buah Tropika Yang Banyak Manfaat ??

Salam ^_^V

Betik atau dalam bahasa inggerisnya papaya merupakan antara buah tropika yang mempunyai banyak manfaat kepada kita. Ia mengandungi pelbagai nutrien yang kita perlukan setiap hari sperti protein,mineral dan vitamin. Betik boleh dimakan begitu sahaja atau pun dibuat jus atau jem.




FAKTA 1semakin betik bertambah matang dan ranum, semakin tinggi kandungan vitamin Cnya



ANTARA KEBAIKAN BETIK :-

1.Menyihatkan Paru-paru

Betik boleh mengurangkan risiko kanser paru-paru. Ini kerana betik mengandungi karotenoid. Risiko kanser pparu-paru adalah 27 % lebih rendah di kalangan orang yang mengambil makanan yang mengandungi karotenoid.

2.Menguatkan Sistem Imun
Vitamin C dan A di dalam tubuh terhasil daripada beta-karotena yang ada dalam betik. Vitamin2 ini diperlukan untuk mengekalkan fungsi sistem imun kita. Oleh itu, betik adalah pilihan yang baik untuk mencegah penyakit-penyakit yang mudah berulang sperti selsema dan jangkitan di telinga.

3.Baik Untuk Jantung
Betik juga merupakan sumber vitamin E yang baik. Vitamin A, C dan E ini merupakan antioksidan yang sangat berkuasa. Apabila kolestrol diantioksidan, ia akan melekat di dinding pembuluh darah. Nutrien2 ini membantu menghalang kolestrol daripada teroksida dan melekat ke dinding pembuluh darah, serta menghalang pembentukan plak berbahaya yang akhirnya menyebabkan serangan jantung dan strok.

4.Mencegah Kanser Usus
Serat betik boleh mengikat toksin penyebab kanser di dalam usus dan menjauhkannya daripada sel-sel usus yang sihat. Folat, vitamin C, beta-karotena dan vitamin E betik dapat mengurungkan risiko kanser usus.

5.Menghapus Cacing
Papain (enzim pencernaan yang kelihatan seperti susu) daripada betik muda bersifat anthelmintic. Anthelmintic adalah ubat penghapus cacing dan anthelmintic daripada betik berkuasa menghapuskan cacing bulat. Biji betik juga berupaya membunuh cacing kerana ia kaya dengan bahan bernama caricin yang juga merupakan ubat unuk menyingkirkan cacing bulat.

6.Merawat Gastrik
Papain ialah sejenis  enzim betik yang terdapat dalam betik muda. Ia bermanfaat bagi mengatasi kekurangan jus gastrik dan mukus yang tidak menyihatkan,dispepsia dan iritasi usus. Betik yang ranum mampu mengatasi sembelit, pendrahan buasir, dan cirit-birit kronik.


FAKTA 2Papain iaitu sejenis enzim betik yang diambil daripada getah buah betik muda boleh digunakan untuk melembutkan daging. Ia juga banyak digunakan dalam industri kosmetik dan gula-gula getah. Selain itu, Papain turut digunakan sebagai ubat untuk masalah pencernaan.


FAKTA 3Jus betik muda berguna merawat bebrapa masalah kulit. Sapukan jus betik ke bahagian kulit yang bernanah, berjerawat,berkutil, berketuat dan seumpamanya. Biji betik juga boleh dijadikan pes dan disapu kepada kulit yang berkurap. Jus ini juga boleh membantu menghilangkan jeragat.


Ramai yang tidak tahu tentang manfaat yang terdapat dalam betik. Jadi untuk kekal sihat dan cantik boleh la mengamalkan makan betik dalam menu anda samada dalam betuk jus, sayur, kerabu dan sebagainya.

Sumber:Majalah Anis,April 2012

Terima kasih sudi baca. LIKE sikit !

April 1, 2012

Allah Maha Besar.

Just something to share with you all. I copy paste it from my friend. Something to think and be grateful to Allah.

Apabila seorang hamba Allah jatuh sakit, Allah akan utuskan 4 malaikat :


1.Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA
2.Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA
3.Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN WAJAH (pucat)
4.Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA


Apabila telah sampai waktu yang telah di tetapkan untuk hambaNya kembali sihat, Allah akan menyuruh Malaikat Pertama, Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga supaya memberi balik apa yang telah diambil oleh mereka. Akan tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat memberi balik dosa hambaNya tersebut. Subhanallah betapa Mulia dan Baik Hati nya Allah terhadap kita. Janganlah bersangka buruk terhadap Allah ketika sakit, bersyukurlah dan ucaplah Alhamdulillah keatasNya. Sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah penghapus segala dosa.




So, ALHAMDULILLAH =)


Terima kasih sudi baca. LIKE sikit !