Salam.
Kali ni Kyra nak tulih pasal something yang sangat penting kepada semua orang. Xkira la sama ada individu itu merupakan seorang pelajar , professional and apa2 pekerjaan sekali pon. Pelajaran ni Kyra baru ja belajar dalam kos Islamic banking. Jadi dengan sedikt ilmu yang Kyra ada. Kyra rasa na kongsikan dengan orang lain jugak.
Eh ! Intro puya panjang tajuk xbagi tau lg. Hehe. Ni ha perkara dan tajuk yang Kyra nak ceritakan tu. Prohibition of RIBA. Maksudnya pengharaman Riba. Riba tu dalam bahasa arab dan kalau dalam bahasa inggerisnya interest.
Mesti anda tertanya-tanya kan kenapa Kyra beria sangat nak tulih pasal riba ni. Padahal orang jarang cakap pasal benda nih. Ea kadang2 kita terlepas pandang dalam hal ni. Riba ni sememangnya haram dan dosa melakukan riba sangat besar.
Dosa riba :
- Umpama isytihar diri perang dengan Allah
- Hilang keberkatan
- Umpama zina dengan ibu bapa sendiri
p/s : 1 dosa riba = 36 kali zina.
MasyaAllah berat kan dosa riba ? Jadi, ini lah sebabnya Kyra nak bincangkan untuk mengelak kita dr mlakukan riba.
Riba terbahagi kepada 2 jenis iaitu al-duyun dan al-buyu'. di bawah al-duyun terdapat riba al-Qard. Begitu juga dibawah al-Buyu' terdapat juga riba al-fadl dan riba an-nasiah.
Pertama sekali Kyra akan terangkan pasal riba al-Qard terlebih dahulu. Riba al-Qard terbahagi kepada 4 jenis iaitu :
1. wang-wang
Jenis pinjaman wang dibayar dengan wang ni selalu dilakukan. Selalunya buat pinjaman/loan dari bank lah. Contoh mudah Kyra bagi kt sini ialah anda pinjam wang dengan kawan sebanyak RM 10. Then bila bayar balik kepada kawan yg beri pinjam wang tu dengan RM 12. Ini lah yang dikatakan riba. Xkira sama ada kawan yang beri pinjaman tu yang suruh bayar lebih atau anda sendiri yang membayar lebih. Jadi bila membuat pinjaman anda perlu membayar jumlah yang sama dengan aa yang anda pinjam.
contoh ja nih. hehe
2. wang-manfaat
Sebagai contoh. Anda telah meminjam wang daripada rakan dan anda telah pun membayar wang pinjaman tersebut. Tetapi rakan yang memberi pinjam (pemiutang) meminta anda belanja dia makan selepas mmbayar hutang tersebut. Dalam kata lain pinjam RM 10 bayar balik RM 10 tapi kena belanja pemiutang makan.So, ini lah yang dikatakan riba wang berbalas manfaat. Ini sebagai contoh sahaja. Mungkin ada lagi perkara yang bole menjadikan riba ni seperti selepas membayar hutang perlu buat assignment untuk kawan dan sebagainya.
3. manfaat-manfaat
Riba manfaat berbalas manfaat nih juga selalu terjadi. Sebagai contoh anda nak pinjam kereta rakan anda dan kemudian rakan anda kata " aku bagi hang pinjam kereta aku dengan syarat hang kena isi minyak penuh". Hal ini dikatakan riba kerana akad tersebut xbetul dan rakan yang memberi pinjam kereta tersebut juga tidak tahu berapa nilai minyak yang masih berbaki pada kereta tu. Benda tu xboleh nak agak. Bila terlebih atau terkurang agak dan sebaliknya dan menyebabkan kerugian atau keuntungan antara kedua-dua pihak ia dikatakan sebgai riba. Jadi akad yg perlu dikatakan adalah seperti ini, "aku sewakan kereta hang kena bayar dengan minyak penuh". So, kena berhati-hati la bila nak pinjam meminjam denagn kawan2 or sesapa ja. Akad tu penting untuk menentukan sesuatu perkara itu tidak mendatangkan riba.
sekadar hiasan. ;)
4. hadiah-hadiah
Bagi hadiah berbalas haduah pulak, kita xboleh sandarkan hadiah tersebut dengan harga. Contohnya anda nak tukar2 hadiah dengan kwan2 yang lain. Jadi, anda telah letakkan harga hadiah tersebut adalah RM 10. Jadi apabila ada antara kawan2 yang lain memberikan adiah dengan nilai kurang atau lebih dr RM 10 maka ianya adalah riba. Bagi mengelak perkara ini, anda boleh meletakkan range harga contoh : RM 10- RM 15. Tapi jangan pulak niat dalam hati beli yang paling murah iaitu harga RM 10 dengan harapan nak dapat hadiah RM 15 , ini xboleh. Jadi nak selamat xperlu letakkan harga berapa dan niatkan shaja nak bersedekah. Lagi satu contoh adalah hantaran perkahwinan. Hantaran perkahwinan juga adalah lebih baik xperlu sandarkan pada harga. Contoh hantaran kedua-dua belah pihak mestlah berharga RM 5000. Tetapi apabila di hitung pihak lelaki bg 7 dulang nilainya RM 5000 dan pihak perempuan blas dengan 9 dulang nilainya RM 4500. Jadi disitu terdapat perbezaan harga kan ? So, ia dikira riba.
nak hadiah ! hehe
Oke. Macam mana sekarang ? Dah paham x ? Hehe. ada x anda pernah melakuakn atau secara tidak sengaja ianya berlaku disebabkan jahil tentang hal ni ? Mesi ada yang pernah dan ada juga yang tak. Jadi apa yang dapat Kyra katakan kat sini kita perlu berhati-hati dalam setiap perbuatan dan percakapan kita. Kalau kita dah ada ilmu sikit eloklah kita kongsi dan kita jugak bole praktikkan dalam kehidupan seharian. Lagi pon kalau kita kongsikan ilmu yang kta ada kita akan lebih mudah ingat atau dengan kata lain menguatkan daya ingatan kita. Hee ~
Itu ja yang dapat Kyra kongsikan sedikit. Kyra pon baru ja belajar so xdak la mahir sangat sekadar paham untuk diri sendiri and kalau ada sesapa yang ada maklumat atau info atau Kyra tersalah bg maklumat ni bole la komen ea. ;) Kita sama2 belajar.
Terima kasih sudi baca sampai yat terakhir. Sekian...
Terima kasih sudi baca. LIKE sikit !