January 7, 2012

Tanda2 lemah Iman

Salam.

Hari ini seharian Kyra xbuat apa2 melainkan menghadap laptop dan on9. Ish3. sangatlah teruk. huhu. Dah lah minggu depan dah start test. Tapi satu apa pon xprepare.

Kononnya malam nih dah berjanji dengan diri nak buat nota. Baru tulis satu ayat dah on balik laptop and start menghadap muka buku pulak dah. Adoi !! Knapa liat sangat nak stdy nih. Huhu. Teruk Teruk teruk ! Bad Bad Bad ! 

Apa punca semua ni ? Oke Kyra tauwu n tersedar bila baca post yang dishare melalui page ILoveAllaah.
Nak tauwu apa tandanya ? Haa. tandanya ialah lemah Iman. sebab apa Kyra kata lemah Iman ? yea lah sebab xdpt nak kawal nafsu dan mengelakkan diri dari on9 ni. Hu.

So jangan jadi macam nih oke kawan2. K kat sini Kyra nak share tentang tanda2 lemah Iman. Jom la sama2 kita prevent avoid dr jadi cmni ea.

Tanda-Tanda Lemah Iman :-

  1. Melakukan dosa dan tidak berasa slah apa2
  2. Keras hati dan tidak berkeinginan untuk membaca al-Quran
  3. Rasa malas nak beramal baik (cth: lewat2kan solat)
  4. Mengabaikan sunnah
  5. Berlaku perubahan mood contohnya risau kpd benda remeh-temeh
  6. Tidah berasa apa2 apabila mendengar ayat al-Quran conotnhya apabila Allah memberi amaran kepada kita dan janji hukumanNya dari berita gembira
  7. Sukar mengingati Allah dan berzikir
  8. Tidak berasa teruk apabila melakukan perkara yang bertentangan dengn Syariah
  9. Pentingkan status dan kekayaan
  10. Bakhil dan tidak mahu melepaskan kekayaan
  11. Mengarah orang lain melakukan kebaikan sedangkan diri sendiri tidak meakukannya
  12. Berasa gembira apabila perkara2 yang tidak baik berlaku pada orang lain
  13. Mempersendakan orang yang melakukan kebaikan yang mudah seperti membersihkan masjid
  14. Tidak bimbang terhadap keadaan umat Islam
  15. Tidak berasa bertanggungjawab untuk melakukan perkara yang membantu umat Islam
  16. Tidak mampu berhadapn dengan musibah
  17. Suka berdebat tanpa apa2 bukti
  18. Asyik dengan kekayaan dunia
  19. Asyik dan keterlaluan dengan diri sendiri
Oke itu adalah antara tanda2 yang kita lemah Iman. so kalau ada antara salah satu tanda2 di atas maka cepat2lah kita kembali ke jalan yang benar. Tingkatkan balik Iman kita.

Setakat itu sahaja ilmu yang nak Kyra kongsikan.
Selamat bramal :)

Terima kasih sudi baca. LIKE sikit !