June 15, 2013

How mature you are ?

Assalamualaikum..

Alhamdulillah hari ini masih lagi diberi peluang dan ruang untuk melihat Bumi ciptaanNya yang Maha Esa.
Rasa bersyukur kerana hari-hari yang telah berlalu memberi seribu makna buat diri ini. Kadangkala terasa sedih kadangkala terasa gembira kadangkala terasa tidak tenteram gundah gulana dan banyak masalah yang timbul. Walau apa pun semua rasa itu datangnya daripada pencipta Yang Maha Mengetahui segala sesuatu. Tidak ada suatu pun ujian yang diberikan kepada hambaNya melainkan hamba itu mampu untuk menghadapi ujian tersebut. Jangan terlalu mengeluh kerana ujian yang diberi. Mesti ada jalan penyelesaian dan juga hikmah disebalik apa yang berlaku. (Juga sebagai peringatan kepada diri sendiri yang kadangkala terlalu ikutkan perasaan hingga sentiasa mengeluh)

Setiap hari-hari yang kita lalui dn setiap ujian yang yang kita hadapi sebenarnya telah mematangkan kita tanpa kita sedari. Makin lama kita hidup makin meningkat usia kita. Jadi, pengalaman hidup mematangkan kita dalam segenap aspek sama ada kita sedar ataupun tidak. Kadangkala kita tidak perasan akan perubahan diri malah orang sekeliling yang lebih peka. Benarlah kata pujangga usia mendewasakan kita.

Tetapi adakah benar usia itu dapat diukur sebagai satu faktor bagi mengukur tahap kematangan seseorang ? Adakah masih relevan dalam situasi dunia sekarang ? Ya. Ini lah yang sering menjadi persoalannya. Pada pendapat Kyrah usia bukan lah satu faktor untuk mengukur tahap kematangan yang terdapat pada diri seseorang. Usia yang lebih tidak bermakna menyebabkan sesorang itu lebih matang dari segi cara berfikir. Malah terdapat banyak orang yang lebih muda usianya mempunyai pemikiran yang matang dan cara berfikir yang sangat berbeza. Ada pepatah inggeris mengatakan "Age is just a number". Attitude and way of thinking is proper measure of how mature you are. Ini adalah pepatah yang Kyrah setuju. Kematangan seseorang tidak boleh diukur berdasarkan faktor usia tetapi berdasarkan cara seseorang itu berfikir.


Okey. Sekarang ni fikir-fikirkan lah kita berada di tahap yang mana. sama ada meningkat usia selaras dengan pemikiran atau lebih berfikiran matang dari usia sebenar atau sebaliknya. Kedua-duanya adalah baik dan kita hendaklah berusaha untuk berfikir secara positif. (Peringatan untuk diri sendiri juga supaya sentiasa berubah kearah kebaikan ). InsyaAllah.









Terima kasih sudi baca. LIKE sikit !