April 26, 2012

Resipi Apam Polkadot

Salam ^_^V

Hola hola. Hehe. Hari ini Kyra nak update dan share pasal rsepi apam polkadot yang Kyra dah buat minggu lepas. Kawan Kyra, Cik Ca'ah mintak letak resipi tu kat sini. Hehe.

Actually Kyra dah cuba buat sebelum ni tapi tak letak dalam acuan lompang. Jadinya kembang semangkuk apam polkadot tu. Haha. Minggu lepas Kyra buat sebab maksu Kyra ada cakap nak order apam tu. Jadi, Kyra buat tu sebagai sample la kononnya. Hehe. Bagi rasa dulu kalau puas hati bole order lorh. :)

Okey, tak nak merepek panjang2. Jom kita tengok bahan2 dan cara membuat apam polkadot nih.

BAHAN-BAHAN


275 gm tepung gandum *
220 gm gula halus
150 ml susu segar / susu cair (Kyra guna susu segar)
3 sudu teh baking powder *
3 biji telur dari peti ais
1 sudu kecil ovelette
1 sudu teh esen vanilla (Kyra xletak)
Filling atau perasa mengikut citarasa masing-masing ea :)
Pewarna mengikut warna yang anda suka dan yang dibenarkan :)


* diayak bersama


CARA-CARA MEMBUAT


1. Pukul putih telur sehingga kembang.
2. Masukkan ovelette, kuning telur dan esen vanilla (kalau nak letak) sampai kembang lagi.
3. Masukkan gula dan pukul lagi sampai kembang.
4. Masukkan tepung dan baking powder dan diselang-seli dengan susu dan gaulkan.
5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.
6. Masukkan setiap adunan ke dalam piping beg.
7. Picitkan adunan kedalam mangkuk kertas. Jangan lupa letak mangkuk kertas dalam acuan lompang ea. Hehe
8. Letakkan filling yang digemari. Untuk lebih mudah masukkan dalam piping beg dan picitkan.
9. Picitkan lagi adunan yang sama sehingga 3/4 penuh dan dot-dot kan dengan warna pilihan.
10. Kukus selama 10-15 minit atau sehingga masak.
11. Sedia untuk dimakan . Haha



cantik tak ? cantik tak dot-dot tu ? hehehe



suka3 ! yummy2 ! :)

Selamat mencuba  ea !

Terima kasih sudi baca. LIKE sikit !

2 orang ringan tangan:

Cik Ca'ah said...

yeay! dapat resepi :)


btw,piping bag nak beli kat mana eh?
pastu kalau buat ikut sukatan yg kyrah bg tu,dapat berapa bijik apom eh? sbb nnt nk try tp takmau buat byk2.

Shakirah Kyrah said...

piping beg tu bole beli kat kedai barng2 buat kek. kat sg 2 kedai mudah mart dkt dewan besar ada jual. satu adunan tu dpt dlm 90 bijik. :)