June 16, 2013

Happy Father's Day

Assalamualaikum..

Alhamdulillah. Hari ini masih dikurniakan kesihatan yang sangat baik untuk meneruskan kehidupan seperti biasa. Apa yang boleh dikatakan adalah hari ini telah selesai segala presentation untuk semua subjek semester 4 degree. Rasa lega sedikit dan beban semakin berkurangan. Tetapi tidak juga. Eh? Kenapa pulak ya? Ya. Sebenarnya masih berbaki 3 lagi test yang menanti pada hari rabu, khamis dan jumaat ini. Yang bakal menyusul selepas test tersebut adalah FINAL EXAM !! Owh! Tidak !! Nak tak nak mesti dilalui juga hari tersebut. Huhu. ALLAH !! Bantu lah aku Ya Allah.

Sesukar mana pun ia, pasti ada jalan penyelesaiannya. Ya ! Kita kena yakin bahawa setiap yang Allah berikan atau ujian yang Allah sandarkan pada kita pasti ada hikmah disebaliknya. Jangan mengeluh Kyrah. Sabar dan sabar. Sabar itukan separuh dari iman. :)

Owh ya. Hampir terlupa pulak yang hari ini merupakan hari bapa. Ramai dalam kalangan sahabat-sahabat di laman sosial mengucapkan "Selamat Hari Bapa" kepada ayah masing-masing. Ada jugak yang memuat naik gambar ayah masing-masing. Betapa pentingnya seorang yang bergelar abah,ayah,daddy,papa,baba terhadap keluarga dan orang yang berada dibawah naungannya. Walauapapun panggilan yang diberikan mereka tetap seorang ayah yang patut kita hormati dan segani. Tanpa mereka siapalah kita dan tak akan wujudnya kita di Bumi Allah ini.

Sesungguhnya segala pengorbanan yang telah dicurahkan oleh seorang insan yang bergelar bapa amat besar. Dikesempatan ini juga Kyrah ingin mengucapkan selamat hari bapa kepada abah yang Kyrah sayang. Abah telah banyak berkorban demi Kyrah dan adik-beradik yang lain. Susah payah yang abah hadapi tak pernah sedikit pun merintih dan mengeluh malah selalu saja menahan segala kerenah anak-anak. Abah seorang yang pendiam dan sangat cool. sentiasa dalam keadaan tenang walaupun berhadapan dengan situasi yang sangat sukar.

Sekalipun abah punyai masalah dia tak pernah tunjukkan dan ceritakannya kepada kami. Kami sedar abah tak mahu susahkan kami dan apa yang abah harapkan dari kami adik-beradik adalah kejayaan dalam pelajaran. Ya! Itulah satusatunya harapan yang abah harapkan dari kami. InsyaAllah abah. Kami adik-beradik  akan berusaha untuk memenuhi impian abah untuk melihat kami berjaya. Doakan kami anak-anak abah supaya sentiasa berjaya. Moga Allah sentiasa memberkati dan meredhai kehidupan abah.

SELAMAT HARI BAPA ABAH. WE LOVE YOU !

Assalamualaikum..........

Terima kasih sudi baca. LIKE sikit !