January 28, 2012

ARGHHH !! Mengantuk ??

Salam... ^_^v hehe. PEACE 'no war' 

Alahaiii mengantuknya. Aduh. G mana seyh. Huu. Baru ja start kelas dah asyik menguap. Kenapa setiap kali cikgu, lecturer, prof or sesapa ja lah yang bercakap kita akan mula menguap ??



dah ngantuk tidur terus !!




Perkara sebegini ni memang selalu sangat jadi dlam diri Kyra. Huu. Bukan selalu memang tiap2 kali ke kelas wal hal tidur bukan sekadar cukup lebih dr cukup pon. Atoi2. 

Kalau dulu masa kat sekolah Kyra duduk kat blakang so kalau nak 'TER'tidur dalam kelas tu pandai2 la suh org sebelah cover or kejutkan. Hehe. Nakal la jugak. :p Sekarang nih dah besar panjang nak tidur agak malu lah jugak. tapi menguap tu setiap kali lecturer mula bercakap. Ahaha. Memang lah xtau nak bt cmna. Huu~

Masalah betol la. Naik pening dibuatnya. Kadang2 terfikir jugak la kenapa ea selalu sangat jadi cmtu ?? terutamanya kat student la. Kalau bukan student tu no komen lah. I don't know. He

Oke kalau nak ikotkan fakta, kita selalu mengantuk disebabkan otak kekurangan oksigen.


Oksigen diperlukan oleh sel-sel otak untuk melakukan aktiviti rutin seharian. Apabila oksigen yang beredar dalam darah kurang mencukupi keperluan metabolisme, maka otak pon kekurangan oksigen. Jadi,masalah mengantuk akan timbul.

Kekurangan Biotin juga boleh menyebabkan mengantuk. 


Biotin ialah vitamin B yang diperlukan untuk metabolisme lemak dan karbohidrat. Biotin ditemui dalam pelbagai makanan dan sumber-sumber yang mengandungi banyak biotin ialah hati, buah pinggang, pancreas, telur, susu, ikan dan kacang-kacang.


kekacang



susu



ikan


Mengikut pakar motivasi pulak, mengantuk nih adalah disebabkan kita selalu mnyebutnya. Maksudnya kat sini, kita mula belajar dari usia 6 atau 7 tahun. Jadi, kita telah menghabiskan banyak masa dalam hidup untuk belajar. Kita akan berasa boring, malas dan tak ada mood. Perkataan2 NEGATIF yang keluar dr mulut kita menyebabkan otak akan mentafsir dan akhirnya kita jd cepat menguap dan mengantuk apabila sesi pembelajaran dimulakan.

Sebagai seorang pelajar, apa yang perlu kita lakukan ialah :-

1.Bina sikap yang positif


Kejayaan seseorang sebenarnya 90% ditentukan oleh sikapnya dan 10% lagi dari pengetahuan sedia ada. Sekiranya anda mengambil masa yang lama untuk membaca tanpa memahami, maka anda telah membuang masa. Jadi, perkara ini perlu dielakkan dan sebaiknya bersungguh-sungguh dan bersikap positif.

2.Persediaan minda


Sikap negatif adalah dari minda yang negatif. Oleh itu minda perlu diubah kepada postif. sebagai contoh berkata pada diri " Aku yakin boleh buat yang terbaik".


3.Persekitaran yang sesuai


Apabila ingin belajar, kita perlukan persekitaran yang sesuai tanpa sebarang gangguan yang boleh menjejaskan tumpuan untuk belajar.


So, Kyra nak tambah selain dari fakta dan pendapat kaunselor, kalau overslept pon akan mengantuk jugak. hehe. Kita kena ubah sendiri la cmtu. Mentaliti pon sama jugak perlu diubah n set kan kat minda supaya be positif. Moga2 kita dapat atasi masalah mengantuk dan suka menguap. Huu.


....The end....

Terima kasih sudi baca. LIKE sikit !

January 26, 2012

Pizza ada kebaikan ???

Salam..


Hoho. Hellow world !! Yahooo. Wah seronok betol Kyra ari nih. haha. Of course lah kelas xdak. Yippie2. ;p
So kita enjoy !


Huhu. Sebelum tu nak bagi tau yang saya lapar la. Huu. Perut ini sudah menyanyikan lagu keroncong. (*sabar2 jap lagi kita makan oke. he)


Bercakap pasal makanan, sini Kyra nak cakap pasal PIZZA. (*Wau sedapnya. nyum2. terliur sudah. hu). Kalau dengar perkataan PIZZA pon mesti akan terbayang yang makanan ni xberapa elok jika selalu diamalkan. Sebabnya ada byk keju yang bole menyebabkan badan jadi gemuk.





sedapnya. nyum2 !!


Habis tu xkan xleh makan kan ? Ini tidak adil tidak adil. (*aiceh nyanyi lagu Yuna pulak. heh). Sori2. Continue balik. :) Mungkin tidak adil bg sesetengah org yang berbadan besar. Tapi xpa kalau nak makan sekali sekala. hehe.


Eh2 ! Belum habis lg nih. Pizza nih ada KEBAIKAN jugak tau ! Ahaha. (*cepat ckp percaya.1.2.3. teeet.)
Hee~


Buktinya ialah.....

Kandungan kalori dlm pizza memang tinggi. Sekeping pizza berukuran besar mengandungi lebih 2000 kalori dan 60 gram lemak. Bagaimanapon, makanan ini masih ad kebaikannya. Sos pizza dikatakan mengandungi banyak likopen iaitu sejenis karotenoid yang boleh mengurangkan risiko kanser prostat. Taburan keju diatasnya pula mengandungi kalsium yang cukup untuk membantu tulang kuat, menurunkan tekanan darah dan mencegah kanser usus besar.




So, kesimpulannya Pizza pon ada kebaikan disamping keburukan. Hehe. Xsalah kalau nak makan cuma perlu makan mengikut kadar yang sepatutnya n jgn amalkan setiap hari yea. Oke daaa ~ ^_^V


Terima kasih sudi baca. LIKE sikit !

January 25, 2012

Dilemma ??

Salam. ^_^v


Tahukah anda apa maksud DILEMMA ?? Huhu. Maksudnya ialah :

A situation that requires a choice between options that are or seem equally unfavorable or mutually exclusive.

A situation in which a choice must be made between alternatives courses of action oor argument.

Mesti plek kan tiba2 ja Kyra nak cakap pasal 'dilemma'. Tapi kenapa eh Kyra cakap ?? Huhu. Actually Kyra sekarang nih tengah dlm keadaan dan situasi dilemma ni lah. 

Dilemma pasal future degree program. Adusss !! Sudah pening asyik memikirkan tentang program yang nak ambk. Huu ~

Macam yang Kyra cakapkan lah. Antara 2 choice. Which one should I choose between Islamic Banking and Finance. Ouwh. 

Sekarang nih masa semakin suntuk just tinggal lebih kurang 12 hari sebelum permohonan ditutp. Number pin masih lagi tidak diusik. Semuanya gara2 masih dalam keadaan dilemma.

Nth la. Mungkin ada orang yang ada information regarding islamic banking nih boleh la ceritakan serba sedikit tentang subjek2 yg diambil kalau attend kos tu.

Harap2 la Kyra dapat buat decision yang terbaek untuk diri demi masa depan. huhu. Amin......

Terima kasih sudi baca. LIKE sikit !

January 23, 2012

Happy Chinese New Year

Salam. ^__^

Hellow !! Gong xi gong xi. Haha. (*stat merepek di pg hari) EH! Pagi ka ? Nope lah dah tgahari pon. :p

Oke la. Kyra just nak ucapkan Selamat Tahun Baru Cina , Happy Chinese New Year to all chinese in this country or world or where ever they are. Hehe.



eh ?? tahun 2011 ?? hehe. maaf la ea. terlewat setahun pulak sumber google ja pon, ;p


Negara kita kan multi racial country , so kita boleh turut serta menyambut semua perayaan yg ada kt negara nih. :) Negara kita la yang uniknya ad macam2 etnik dan budaya. Setiap tahun  kita akan menyambut pelbagai perayaan termasuklah Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.

Sebagai contoh pagi tadi kt tv ada tunjuk ramai pengunjung yang membanjiri tempat2 yang ada membuat tarian naga. Ini menunjukkan rakyat negara kita sgt prihatin akan semua perayaan yang disambut dlm negara ini.



gambar sekadar hiasan :)

Bukan pengunjung tempatan sahaja, malah terdapat juga pelancong asing. Jadi , mereka tidak melepaskan peluang untuk melihat sendiri perayaan dan tradisi masyarakat cina di Malaysia menyambut perayaan. ;)

Setiap perayaan yang disambut juga pasti ada rumah terbuka. Boleh la semua pengunjung merasa jenis2 makanan tradisi masyarakat yang menyambut perayaan tersebut. Macam sekarang ni adalah perayaan tahun baru cina. Kita boleh la rasa makanan tradisi mereka dgn menghadiri rumah2 terbuka yang bakal diadakan nnt. :)

Oke lah. Happy Chinese New Year once again !!

GONG XI GONG XI ^_^v
Byee ~ 

Terima kasih sudi baca. LIKE sikit !

January 19, 2012

Giveaway LIKE, KOMEN & MENANG!

Salam n selamat pg. ^_^v

Dah lama xjoin GA. So ari ni Kyra nak join GA made by my old fren. Haha. Nak memeriahkan dan promote blogshop kwn skolah Kyra. ;)



Klik pd gmbar :)

Syarat yg sgt simple xperlu follow hanya perlu like fan page freshie belek.
Simple je. Tapi follow la skali untuk maklumat lanjut. Oke ;)

Kyra tag Hanie

Join jgn xjoin. Hee ~

Terima kasih sudi baca. LIKE sikit !

January 18, 2012

Rambut cerminkan keperibadian ?

Salam..

Harloo. Ahaha. ^_^

Hey. Apo kabo ? Kikiki.. Kyra harap semuanya sihat la ea. Peace ! Kali ni Kyra nak tulis pasal rambut. Eh ? Kenapa rambut bukan mata ka telinga ka mulut ka. Hehe. (*suka hati la Kyra nak tulis ap pon. he.xla gurau aja lorh)

Tahukah anda rambut merupakan mahkota bg setiap wanita. So, kena la jaga elok2. Rambut juga ad banyak jenis. Ad panjang pendek curl and mcm2 fesyen yg ad sekrang nih.

Tapi semua2 tu mencerminkan keperibadian kita. Tahu x ? Tahu x ? Eh ! Tahu. Bagus2. Haha. Bagi yg xtahu jom kita tgk kt bawah ni. Kyra nak kongsikan apa yg Kyra baca dgn anda. :)

Ad 5 kategori semuanya. 

1. Panjang dan kerinting

Rambut panjang dan kerinting menunjukkan keperibadian yg sksi, feminin dan manis. (*ouwh suweet ! suka3 ! hee) Rambut panjang sesuai dgn org yg tinggi lampai dgn bentuk tubuh yg sederhana dan langsing. :)



contoh ja :)


2. Panjang dan lurus

Rambut panjang dan lurus ni sesuai dgn org yg bertubuh tinggi dan berjiwa muda. Kalau bg org yg berwajah panjang dan tirus adalah dielakkan untuk gaya rmbt ini. Gaya rambut sp ni akan menampakkan imej menggoda dan nakal.




3. Bob

Rambut yg dipotong gaya bob melambangkan peribadi sesorang yg kuat, elegan dan sderhana. Rambut bob ni mudah dijaga dan x perlukan masa yg lama untuk diluruskan.




4. Bob pendek

Rambut bob pendek melambangkan keperibadian yg tegas, chic, klasik dan stylish. Potongan rambut ini sesuai bg anda yg memiliki  garis rahang yg cantik. Kalau anda berwajah bulat adalah dielakkan kerana untuk menghindari dr menampakkn wajah yg semakin bulat. ;)



5. Pixie

Gaya ini memperlihatkan rasa percaya diri, yakin dan berani. Kepala dan tubuh yg montel amat sesuai mengaplikasikan potongan rambut ini. Bagi anda yg terlalu kurus elakkan gaya rambut ini ea. He





Oke. Itu saja mengenai gaya rambut dan keperibadian. So, sekarang boleh la anda kenal pasti anda punya keperibadian melalui gaya rambut masing2. 

Bye2 ^_^ v

Terima kasih sudi baca. LIKE sikit !

January 15, 2012

Kawen awal ok ke tak ??

Salam ^_^


Hye. Actually ari ni Kyra nak bercerita something. Eh ! Nak kata cerita pon xsgt kot. Lebih kepada pendapat and juga pertanyaan. Huhu.

Topiknya adalah mengenai kawen awal atau kawen muda ;) Sekarang nih rata2 Kyra tgk ramai org kawen pada usia yang muda. Around 20 years dah kwen. Sangat awal kan ?


hiasan saja :)


Tapikn yang menjadi persoalan sekarang ialah adakah umat akhir zaman ni jodohnya awal ataupun ianya merupakn satu trend masa kini. Huhu. Tapi kan xkan lah kwen nak d jadikan satu trend pulak kan ? Soal kawen merupakan satu yang bukan boleh di permainkan.

Sebagai contoh yang bole Kyra kongsikan adalah senior2 sekolah Kyra. Ada antara mereka yg kawen awal. Sekarang usia mereka around 22-26 years cmtu la. Dah kawen da. Dan kebnyakan mereka ni semua stdy oversea. Sgt suweet !! (*Suka3 !) :p

Kalau kawen muda ni ad baik n ad buruknya juga. Tu pada pandangan Kyra la. Tambah2 yang tengah stdy. Xtauwu nak cari sumber kewangan dr mn. xkan nak minx dr parents pulak kan ? Dah ad berkluarga mesti kena support keluarga sndiri. Huu.





it's not about the money money money. hehe


Lagi satu mesti lah kena pandai bhagikan masa untuk keluarga dan juga stdy. 





Bila dah tgk pada mata kasar ramai yang bole survive even kawen awai so, terdetik jugak lah rasa di hati nak kawen awai. Tapi apakan daya..............huhu... xkan nak kawen tanpa groom kan. (*sob3)

Kena lah bersabar dan tgu dia abeh belajar and save money dulu. Walau apa pon kena la bersabar sehingga masa tu tiba. Huu.

Xtauwu bila. Tapi dia ckp tgu lah dia xkan kemana and I'Allah ada rezeki kawen lah.

Kebaikan kalau kawen awal ni kan... Sebagai sabda Rasulullah :-

Rasulullah bersabda : "Barang siapa diantara remaja berkahwin dalam usia muda, maka menangis lah syaitan. Dan ia {syaitan} mengeluh : aduh celaka aku, agamanya telah terpelihara dari godaanku



Jadi sesiapa yang kawen awal tu dah semestinya sudah terselamat drpda godaan syaitan.

I;Allah akan bertambah la rezeki mereka. Amin..:)

Oke lah xnak ckp lg pasal kawen nih. Nak akhiri entry merepek nih. Tata.. 


Terima kasih sudi baca. LIKE sikit !

January 13, 2012

Cita-cita Lapok ;)


Salam.


Hye semua. Ttiba kan ari ni Kyra ada teringat pasal cita-cita masa zaman kanak-kanak kindos dulu. Hehe.
 Kyra yakin semua orang mesti ada cita-cita yang tersendiri. Haa. Apa cita-cita anda waktu zaman budak hingusan dulu ? (*sekarang pon macam hingusan lg kot. hehe. gurau ja nah :p)

Tak kisah la apa pon cita-cita anda yang pasti Kyra nak ceritakan cita-cita Kyra masa kanak-kanak kindos tu. haha. Banyak jgak la. Antaranya :



doktor :)


pilot :)

accountant :)

journalist (wartawan) :)


chef :)


 . (*Pergh. semuanya yang popular and professional ja kan ? bajet pandai sangat lah time tu) Heh.

Haha. itulah antara cita-cita lapok tu. Sebab yang nak jadi doktor sangat tu biasa la nampak cm gah ja kan. Pas tu niatnya mmg nak bantu orang yang sakit. Masa tu bukan blajaq pasai bapa jenis doktor yang ada. yang tau bila orang tnya nak jadi ap mesti jawab "doktor". Haha. (*Biasa lah masih mentah lg) Tak tau yang betapa sukarnya nak jadi doktor ni dan tanggungjawab jugak besar nak kena pikul. Mesti dahulukan pesakit. 

Kemudiannya pulak lepas dah boring dgn cita-cita nak jadi doktor tu tukaq pulak kepada pilot. (*wah ni lg best ni.) Kononnya nak jadi pilot pompuan yang pertama la. Haha. Perasan betoi ! Ni antara cita-cita Kyra yang hampir tercapai la. Waktu Kyra form3, Kyra ada terfikir untuk berpindah ke kolej tentera udara kalau dapat result yang elok dlm PMR. Sebabnya Kyra tak minat dalam bidang sains. Huhu. Pastu mak Kyra pon setuju la dgn keputusan waktu tu. Tup2. Lepas ja keptusan PMR keluar Kyra cakap balik kt mak kata nak apply kolej tu. Then, mak Kyra dah xbagi pulak. Huhu. Mak Kyra kata result elok stay je la kat sekolah tu. So, terkuburlah harapan untuk menjadi pilot tu.

Haha. dah xleh berangan nak bawak kapal terbang. (*Wek. Dah la penakot and gaat duk tempat tinggi ad hati nak jd pilot ) Hee~

Then, bila contnue kat sekolah yg sama dlm bidang science stream mmg xleh nak bawak sgt subjek2 elektif. Huhu. Agak stress tapi try bt sehabis baik. Pas tu mula tukar lg untuk jd wartawan pulak. Kononnya wartawan ni kerja nmpak senang la. Masa ni duk fikir nak ambk masscom bila apply upu. Tapi xapply pon. Ntah tak terasa nak ltak dlm bidang masscomm palk tyme isi tu.

Lagi satu Kyra menanam minat yang sangat mendalam dalam bidang baking2 nih. So, Kyra pikir kalau la semua2 cita-cita yang sebelum nih xdpt nak dipenuhi mungkin ada rezeki dlam bidang yang Kyra minat kot. So, tanam azam dlm diri supaya ltak kos kulinari dlm upu. Tup2 xletak jugak. Kan boleh letak lapan pilihan. So, banyak kan ? Jadi Kyra pon dah pening and rambang mata. Pilih ikot suka hati ja tanpa melihat kepada minat sebelum2 nih. Huhu. Kyra pon dah xigt ap yang Kyra letak dalam pilihan yg 8 tu.

Bila pengumuman keluar tgk2 dpt kos Diploma in Banking. Kyra pon cam terkejut jugak la. Eh ! Ada ka aku letak dlm upu ak. Pas tu bila check2 balik mmg ada letak tapi dekat pilihan yg last skali iaitu yang ke-8. So, Kyra pon terima e la kos tu and belajar dr 0 pasal akaun2 semua sampai sekarang ada la juga input yg dpt diaplikasi. Hehe. See betapa byaknya dugaan dlm memilih cita-cita.

Eh !! STOP ! Ada lg lah. Haha. Last ambition. Kyra nak jd akauntan. Heheh. Seriusly sekarang Kyra on the right track kalau nak jd akautant.  So, just tinggal beberapa bulan lg nak tamatkan dip. Then I'Allah kalau ada rezeki akan sambung Degree pulak lah. He. Konklusinya ialah Kyra nak jadi bankers la (akauntan). I'Allah cita-cita lapok yang Kyra angan-angan kan sejak dahulu kala akan tercapai dan Kyra akan berusaha untuk mencapai cita-cita tu. Hehe

Apa yang Kyra harapkan ialah berusaha sekeras mungkin sebab Kyra yakin yang bukan senang kita nak capai cita-cita. Tgk lah sepanjang perjalanan hidup kita ada banyak cita-cita yang kita impikan tapi satu per satu telah berlalu disebabkan pelbagai faktor dan halangan. Harap2nya semua dpt mencapai apa yag anda impikan.

InsyaAllah kita semua akan menjadi seseorang :) Amin...

Sekian untuk cita-cita lapok punya entry. Hehe ^__^



Terima kasih sudi baca. LIKE sikit !

January 7, 2012

Tanda2 lemah Iman

Salam.

Hari ini seharian Kyra xbuat apa2 melainkan menghadap laptop dan on9. Ish3. sangatlah teruk. huhu. Dah lah minggu depan dah start test. Tapi satu apa pon xprepare.

Kononnya malam nih dah berjanji dengan diri nak buat nota. Baru tulis satu ayat dah on balik laptop and start menghadap muka buku pulak dah. Adoi !! Knapa liat sangat nak stdy nih. Huhu. Teruk Teruk teruk ! Bad Bad Bad ! 

Apa punca semua ni ? Oke Kyra tauwu n tersedar bila baca post yang dishare melalui page ILoveAllaah.
Nak tauwu apa tandanya ? Haa. tandanya ialah lemah Iman. sebab apa Kyra kata lemah Iman ? yea lah sebab xdpt nak kawal nafsu dan mengelakkan diri dari on9 ni. Hu.

So jangan jadi macam nih oke kawan2. K kat sini Kyra nak share tentang tanda2 lemah Iman. Jom la sama2 kita prevent avoid dr jadi cmni ea.

Tanda-Tanda Lemah Iman :-

  1. Melakukan dosa dan tidak berasa slah apa2
  2. Keras hati dan tidak berkeinginan untuk membaca al-Quran
  3. Rasa malas nak beramal baik (cth: lewat2kan solat)
  4. Mengabaikan sunnah
  5. Berlaku perubahan mood contohnya risau kpd benda remeh-temeh
  6. Tidah berasa apa2 apabila mendengar ayat al-Quran conotnhya apabila Allah memberi amaran kepada kita dan janji hukumanNya dari berita gembira
  7. Sukar mengingati Allah dan berzikir
  8. Tidak berasa teruk apabila melakukan perkara yang bertentangan dengn Syariah
  9. Pentingkan status dan kekayaan
  10. Bakhil dan tidak mahu melepaskan kekayaan
  11. Mengarah orang lain melakukan kebaikan sedangkan diri sendiri tidak meakukannya
  12. Berasa gembira apabila perkara2 yang tidak baik berlaku pada orang lain
  13. Mempersendakan orang yang melakukan kebaikan yang mudah seperti membersihkan masjid
  14. Tidak bimbang terhadap keadaan umat Islam
  15. Tidak berasa bertanggungjawab untuk melakukan perkara yang membantu umat Islam
  16. Tidak mampu berhadapn dengan musibah
  17. Suka berdebat tanpa apa2 bukti
  18. Asyik dengan kekayaan dunia
  19. Asyik dan keterlaluan dengan diri sendiri
Oke itu adalah antara tanda2 yang kita lemah Iman. so kalau ada antara salah satu tanda2 di atas maka cepat2lah kita kembali ke jalan yang benar. Tingkatkan balik Iman kita.

Setakat itu sahaja ilmu yang nak Kyra kongsikan.
Selamat bramal :)

Terima kasih sudi baca. LIKE sikit !