Salam.
Hye2 ! Hehe. Bagaiman anda hari ini? Haha. Kyra ada something yang InsyaAllah berguna buat kita.
Jom kita baca, renungi , fahami dan fikirkan sama2 oke. :)
Kyra pon ambk dr page kt fb dimana ad kwn Kyra share. So, Kyra nak share melalui blog Kyra nih.
Jom2 baca entry nih. Hee~
Hadis “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka” diriwayatkan daripada beberapa orang sahabat” Abdullah bin Umar, Huzaifah bin al-Yaman dan Anas bin Malik. Antara ahli hadis yang mengumpul hadis ini Abu Daud, Ahmad bin Hanbal, Ibn Abi Syaibah, al-Bazzar dan lain-lain. Hadis dinilai oleh Ibn Taimiyyah sebagai sahih, al-Iraqi juga menilai sebagai sahih, begitu juga Ibn Hajar al-‘Asqalani dan al-Albani.
TUDUNG YANG DIPINKAN DIBELAKANG, MENYERUPAI BIRAWATI KRISTIAN?
Soalan: Salam ust, saya ada satu kemusykilan berkaitan dakwaan tentang cara pemakaian tudung yang diikat/dipinkan dibelakang leher seperti trend sekarang adalah mengikut cara pemakaian birawati kristian. Adakah dakwaan itu benar walaupun si pemakai (wanita islam) tidak pernah mempunyai niat sedemikian, hanya pakai dengan mengepinkan di bahagian leher bagi menampakkan kekemasan.
Jawapan:Cara pemakaian tudung yang dituntut oleh Syariat ialah dengan menutupi seluruh kepala (rambut), bahagian leher dan labuh hingga ke dada. Sebagaimana arahan Allah:
“Dan hendaklah mereka (yakni wanita-wanita beriman) melabuhkan tudung-tudung kepala mereka hingga ke dada-dada mereka”. (an-Nur:31)
Mengenai fesyen, tidakalh disyaratkan fesyen tertentu asalkan ia memenuhi kehendak ayat di atas. Warna juga tidak dihadkan kepada warna tertentu, akan tetapi hendaklah dipastikan tudung yang dipakai tidak jarang dan tidak mempunyai corak yang terlalu menarik perhatian lelaki atau corak-corak lain yang tidak sesuai dengan identiti wanita Islam. Warna yang disukai Rasulullah ialah warna putih sebagaimana sabdanya, “Pakailah pakaian yang berwarna putih kerana sesungguhnya ia lebih suci dan lebih baik dan kafankanlah dengannya jenazah-jenazah kamu” (HR Imam at-Tirmizi, an-Nasai, Ibnu Majah dan Musnad Imam Ahmad dari Samurah bin Jundab r.a.).
Mengenai penyerupaan/peniruan kepada orang kafir, Nabi s.a.w. bersabda, “Sesiapa menyerupai satu kaum, ia dari kaum tersebut” ( HR Imam Abu Daud dari Ibnu Umar). Menurut Imam Khatir, hadis ini merupakan larangan keras terhadap perbuatan meniru orang kafir sama ada dalam ucapan, perbuatan, pakaian, perayaan, ibadah dan sebagainya yang tidak disyariatkan untuk kita (umat Islam).(surah al-Baqarah, ayat 104).
Namun para ulamak menjelaskan, maksud peniruapenyerupaan kepada orang kafir atau orang fasik yang dilarang ialah yang khusus bagi sesuatu kaum kafir atau fasiq iaitu yang menggambarkan identiti mereka, seperti salib (yang melambangkan agama kristian), sabit dan penukul (lambang komunis), lambang nazi, pakaian-pakaian orang fasiq (seperti gaya berpakaian artis barat), gaya rambut dan sebagainya. Adapun pakaian yang dipakai oleh orang ramai tanpa mengira agama dan bangsa seperti seluar, baju kemeja, kot dan sebagainya atau berlaku kesamaan/keserupaan secara kebetulan seperti jubah litup yang dipakai oleh imam-imam,ulamak-ulamak dan dipakai juga oleh paderi-paderi Kristian dan yahudi, kopiah yang dipakai oleh orang-orang Islam dan turut dipakai oleh sebahagian penganut bukan Islam seperti orang Yahudi, tudung kepala (yang turut dipakai oleh paderi-paderi wanita kristian) dan sebagainya,penyerupaan/kesamaan secara umumatau kebetulan ini tidaklah termasuk dalam larangan hadis kerana ia bukan bersifat khusus bagi sesuatu kaum kafir atau melambangkan identiti agama mereka.
Adakalanya suatu pakaian menjadi identiti agama di satu tempat, tetapi di tempat lainia adalah pakaian biasa yang tidak melambangkan agama. Maka ditempat lain itu, tidaklah dianggap menyerupai penganut agama lain jika ia dipakai oleh orang Islam. Imam Malik pernah ditanya hukum memakai sejenis pakaian bernama al-Burnus.[1] Ia menjawab,” Harus”. Dikatakan kepadanya, “Tetapi ia adalah pakaian rahib-rahib Nasara (ahli-ahli ibadat Kristian)”. Imam Malik menjawab, “ Ia di sini (di Madinah) dipakai oleh orang ramai”. Begitu juga, suatu pakaian mungkin pernah menjadi identiti agama di satu masa, namun setelah zaman berubah, ia tidak lagi menjadi identiti agama. Imam Ibnu Hajar ketika mengulas tentang sejenis pakaian yang bernama al-Mayasir al Arjuwan yang dilarang oleh Nabi di zamannya,belaiu (yakni Ibnu Hajar) berkata, pakaian tersebut jika sebab larangannya adalah untuk mengelak dari menyerupai orang-orang asing (orang-orang bukan Islam) maka larangan tersebut adalah kerana maslahah agama. Namun oleh kerana pakaian itu hanya menjadi syiar agama pada ketika itu sahaja iaitu pada zaman mereka masih kafir, kemudian hari ini ia tidak lagi menjadi syiar agama, maka larangan tersebut telah hilang.( Lihat, Fathul –Bari, Imam Ibnu Hajar, kitab al-libas, bab Labs al-Harir wa ad-Dibaaj...). Apa yang disebut oleh ulamak itu mungkin boleh kita samakan dengan masalah pemakaian cepiau (topi).[2] Pada zaman dulu, pemakaiannya difatwakan haram oleh ulamak-ulamak kerana ia adalah topi penjajah. Apabila seorang muslim memakainya pada ketika itu ia seolah-olah dari kalangan penjajah atau yang pro penjajah. Namun hari ini, faktor yang menyebabkan larangan itu telah tidak ada lagi, maka tidak ada ulamak yang memfatwanya sebagai haram dipakai oleh orang Islam hari ini.
Untuk memudahkan kita membezakan bentuk penyerupaan yang harus dan yang tidak harus, dibawah ini dikemukakan beberapa dhabit yang diberikan ulamak;
1. Berkata Imam al-Qurthubi,” Jika suatu pakaian telah menjadi identiti khusus bagi golongan fasik atau golongan yang suka berfoya-foya, dilarang orang lain memakainya” (Faidhul-Qadier,6/104)
2. “Semua jenis pakaian yang boleh menimbulakn tanggapan kepada orang yang melihat bahawa si pemakainya adakah kafir atau dari kelompok fasik, maka ia adalah penyerupaan yang dilarang agama” (Syeikh Abdul-Wahhab Tawilah).
3. “Yang dikehendaki dengan menyerupai orang-orang kafir yang dilarang itu ialah menyerupai mereka dalam perkara yang menjadi identiti khusus mereka dalam adat-adat (kebiasaan-kebiasaan hidup) dan menyerupai mereka dalam perkara-perkara yang direka mereka dalam agama mereka merangkumi urusan0urusan aqidah dan ibadah-ibadah mereka” (Majlis Fatwa Arab Saudi, 3/307).
4. “Cara untuk menilai penyerupaan (yang dilarang) ialah, orang yang meniru/meyerupai ia melakukan suatu perbuatan yang menjadi identiti khusus orang yang ditiru. Maka maksud menyerupai orang-orang kafir (yang ditegah agama) ialah seorang muslim melakukan sesuatu yang menjadi identiti khusus orang-orang kafir. Adapun perkara yang telah tersebar dikalangan orang-orang Islam dan tidak lagi menjadi ciri-ciri khusus orang kafir, ia tidaklah dikira penyerupaan denga mereka. Maka ia tidaklah diharamkan kerana faktor penyerupaan walaupun mungkin diharamkan kerana faktor lain” ( Syeikh Muhammad Soleh al-Uthamin).
Merujuk kepada soalan diatas, adakah tudung yang dipinkan ke belakang menyerupai birawati kristian?
Namun secara zahirnya, di Malaysia ini wanita-wanita Islam yang memakai tudung sebegitu tidaklah dilihat oleh orang lain sebagai birawati kristian atau orang yang ingin meniru mereka. Ia mungkin berlaku secara kebetulan. Oleh tiu, pada pandangan saya ia tidaklah boleh kita anggap sebagai menyerupai birawati Kristian secara dasarnya. Namun, dari segi pemakaian tudung, hendaklah dipastikan ia mematuhi ciri-ciri yang telah ditetapkan Allah.
Wallahu a’lam.
Petikan ni dipostkan oleh USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL.
Link utk entry ni Kyra dpt dri :SINI
1 orang ringan tangan:
lagi info tentang tudung di SIHAT SELALU - Cara Mudah Pilih Tudung Untuk Dipakai
Post a Comment