November 2, 2011

Tips utk kekal sihat

Salam.
Hello2 ! Sihatkah anda? Haha. Harap2 semuanya sihatlah ea. ;)
Kalau tak sihat makan lah ubat oke. He. Kyra pon mcm xberapa nk sihat ja ari nih. Huhu.

Tapi xpa itu bukanlah sesuatu yang penting. Hehe. Sini  Kyra nak bg tau pasal tips bagaimana untuk kekal sihat. Ini petua dari Imam Syafie oke. Tidak ad rekaannya. :)

4 perkara yang menguatkan badan:

1.      Makan daging
2.      Memakai haruman
3.      Kerap mandi
4.      Berpakaian dari kapas

4 perkara yang melemahkan badan:

1..    Banyak berkelamin (bersetubuh)
2.     Selalu cemas
3.     Banyak minum air ketika makan
4.     Banyak makan bahan yang masam

4 perkara yang menajamkan mata:

1.    Duduk mengadap kiblat
2.    Bercelak sebelum tidur
3.    Memandang yang hijau
4.    Berpakaian bersih

4 perkara yang merosakkan mata:

1.    Memandang najis
2.    Melihat orang yang dibunuh
3.    Melihat kemaluan
4.    Membelakangi kiblat

4 perkara yang menajamkan fikiran:

1.    Tidak banyak berbual kosong
2.    Rajin bersugi (gosok gigi)
3.    Bercakap dengan orang yang soleh
4.    Bergaul dengan para ulama

Jadi, berdasarkan  perkara2 diatas, dapatlah kita sama2 amalkan yang mana baik untuk dijadikan sebagai panduan hidup kita untuk kekal sihat, pintar dan sebagainya. Perkara yang boleh mendtangkan kelemahan pada diri haruslah dielakkan.
Jika nk lebih petua sila dapatkan di SINI

Selamat beramal :)


Terima kasih sudi baca. LIKE sikit !

0 orang ringan tangan: