June 14, 2013

WALK WITH ME 2013

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.

Alhamdulillah pada pagi ini kita masih lagi diberi kesempatan untuk menghirup udara yang segar dan menikmati pemandangan yang indah ciptaanNya yang Maha Agong. Pagi ini tiba-tiba jari ini terasa ingin menaip pulak. Hehe

Biasa lah bukan selalu terasa rajin untuk menaip sebegini. Apa yang nak Kyrah ceritakan adalah mengenai aktivit yang telah Kyrah join dengan kawan-kawan semalam (13 Jun 2013). Aktiviti yang dimaksudkan adalah program " WALK WITH ME 2013 ". Program ini disertai ramai peserta. Kyrah pun tak pasti berapa anggarannya. Apa yang pasti program ini melibatkan murid sekolah rendah dan menengah, pelajar UiTM Machang dan UiTM Kota Bharu, Kakitangan UiTM, Kakitangan Jabatan Pelajaran Kelantan, Kerabat Diraja Kelanatan dan ramai lagi. 

Banner program di sekitar Kota Bharu. sila telengkan kepala anda untuk melihat banner ini  :)
Seawal jam 2.30 petang semua pelajar UiTM telah berkumpul dan bersolat zohor dan asar secara berjemaah sementara menunggu program bermula. Makanan disediakan untuk para pelajar yang mengikuti program tersebut. Kami bertolak berjalan keluar dari kawasan kampus sekitar jam 5 petang menuju ke KTC (Kelantan Trade Centre). Di sini lah tempat perasmian berlaku dan ia dirasmikan oleh Sultan Kelantan, iaitu Sultan Muhammad ke-5.selepas shaja perasmian dilakukan, semua peserta berjalan sekitar bandar Kota Bharu bersama kerabat Diraja Kelantan.

Simbolik perasmian dengan melepaskan belon berwarna merah dan putih ke udara :)
Suatu pengalaman yang sangat seronok dan amat mengujakan apabila pertama kali join aktiviti sebigini di bumi Cik Siti Wan Kembang ini. Berjalan sambil menghirup udara petang KB memang best. Aktiviti "Walk With Me" tamat sekitar jam 7 petang. Setelah tamat semua peserta dibenarkan pulang.

Kyrah berharap akan dapat join lagi aktiviti yang macam ni pada masa akan datang. Hehe. 

Antara peserta dan kawan2 Kyrah yang join program ni 
Gwiyomi girls version :)
Setelah penat berjalan...
Okey setakat tu saja entry kali ini hanya berkisahkan aktiviti yng telah dilangsungkan pada semalam. Hehe. Kita jumpa lagi di entry yang berikutnya. bye2.

Assalamualaikum.


Terima kasih sudi baca. LIKE sikit !

June 10, 2012

KERJA BARU. ALHAMDULILLAH...

Salam ^_^

Besok bermula lah satu lembaran baru dalam hidup Kyra. Kyra akan bekerja di tempat yang baru. Sebelum ni kerja biasa2 ja dan tempat pon biasa. Lebih kepada suka-suka just untuk mencari duit poket. Hehe. Kira besok kerja yang boleh dikatakan ok berbanding sebelum ni. Mungkin akan memberi satu peluang yang lebih baik pada masa akan datang. Hopefully, semuanya berjalan dengan lancar.

Tempat kerja baru ialah di pejabat MIDA, Pulau Pinang. Kyra berharap agar dapat menjalankan tugas dengan sebaik mungkin, menepati masa, berdisiplin, berdikari dan dapat menjadi seorang pekerja yang berdedikasi. hehe.

Setiap kerja ada cabaran yang tersendiri dan Kyra harus tabah. Tapi semuanya tak menjadi satu masalah jika kita yakin dan percaya pada diri sendiri. Yes ! Kyra percaya dan yakin dengan diri sendiri. Peluang dan kesempatan yang ada kita perlu gunakan dengan sebaik mungkin.

Ini lah masa dan peluang untuk Kyra menambah dan meningkatkan pengetahuan yang ada mengenai dunia sebenar di alam pekerjaan. Tambahan pula di situ ramai investor yang datang. So, Kyra boleh lah practice skipping. Haha. (*joking. speaking)

Dalam setiap perkara dan pekerjaan yang kita lakukan, kita mestilah jujur. Jadi, sebagai pemegang amanah dan diberi kepercayaan, Kyra perlu jalankan tanggungjawab ni sebaik mungkin. Semoga apa yang Kyra kan lakukan pada esok hari dan hari-hari yang akan datang sentiasa mendapat keberkatan. Amin. Hehe



Terima kasih sudi baca. LIKE sikit !

KEK LAPIS EVERGREEN KUKUS

Salam ^_^

Hyep !! Lamanya blog ni sunyi sepi tanpa sebarang kata. Huhu. Bukan bermakna Kyra terus hilang ghaib begitu shaja. Lately banyak perkara yang Kyra perlu uruskan, lakukan, fikirkan dan segala macam kan kan kan lagi lah. Hehe. Tapi apa-apa pun Kyra nak kongsikan kek yang Kyra dah buat sepanjang cuti ni.



tadaa ! oke x ? hehe. ni kek kukus evergreen. 

Memang sedap kek nih. Serius tak tipu cuba kalau  tak percaya. Hehe. Oke Kyra akan tulis kan resepinya kat sini. Jom terjah !!

KEK LAPIS EVERGREEN KUKUS

Sumber : DayangJack
Bahan-bahan :-
Lapisan Hijau
  • 10 biji kuning telur A
  • 225g mentega berkualiti tinggi 
  • 1/3 cawan gula halus
  • 1/4 tin susu pekat manis
  • 1 cawan horlicks (boleh juga digantikan dengan serbuk santan atau nestum yang sudah dikisar)
  • 1/2 cawan biskut marie kisar (biskut marie dikisar, diayak dan kemudian barulah disukat)
  • 1/2-1 botol kecil pandan paste (Kyra guna 2 sudu ja)



Lapisan Putih :
  • 1  1/2 cawan tepung gandum/tepung hong kong (diayak)
  • 225g mentega berkualiti tinggi 
  • 10 biji putih telur A
  • 1 cawan gula halus (boleh dikurangkan mengikut citarasa)
  • 1/2 tin susu pekat manis 

Cara-cara:-

Lapisan Hijau :
Kuning telur dan gula dipukul sampai kembang. Di dalam mangkuk berasingan, mentega dan susu manis dipukul sampai putih dan barulah disatukan dengan kuning telur tadi. Putar sebati dengan kelajuan minima. Kemudian masukkan horlicks, tepung biskut marie dan pandan paste. Putar hingga sebati. Kemudian adunan dibahagikan kepada beberapa bahagian sama rata dalam bekas/cawan yang sama saiznya. 

Lapisan Putih :
Pukul putih telur sampai kembang. Masukkan gula halus dan pukul lagi hingga kental. Di dalam mangkuk berasingan, pukul mentega bersama susu manis sampai putih dan barulah disatukan dengan putih telur. Putar dengan kelajuan sederhana. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan kacau rata-rata. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian mengikut citarasa. (contoh jika adunan hijau 4, lapisan putih pun 4, atau 5-5, atau 4-5, atau 5-6)

Kukuslah adunan lapis demi lapis hingga habis. Setiap lapisan dikukus lebih kurang 7-10 minit atau hingga dah tak cair. Untuk lapisan terakhir, sila kukus 1/2 atau 1 jam lagi untuk masak sempurna. 

  • Balutkan penutup kukusan dengan tuala ketika mengukus. Boleh juga tutup loyang kek dengan kertas foil setiap kali mengukus. 
  • Jika air sudah hampir kering, tambahkan dengan air panas.


 Selamat mencuba !





Terima kasih sudi baca. LIKE sikit !