Salam ^_^
Hyep !! Lamanya blog ni sunyi sepi tanpa sebarang kata. Huhu. Bukan bermakna Kyra terus hilang ghaib begitu shaja. Lately banyak perkara yang Kyra perlu uruskan, lakukan, fikirkan dan segala macam kan kan kan lagi lah. Hehe. Tapi apa-apa pun Kyra nak kongsikan kek yang Kyra dah buat sepanjang cuti ni.
tadaa ! oke x ? hehe. ni kek kukus evergreen.
Memang sedap kek nih. Serius tak tipu cuba kalau tak percaya. Hehe. Oke Kyra akan tulis kan resepinya kat sini. Jom terjah !!
KEK LAPIS EVERGREEN KUKUS
Sumber : DayangJack
Bahan-bahan :-
Lapisan Hijau
- 10 biji kuning telur A
- 225g mentega berkualiti tinggi
- 1/3 cawan gula halus
- 1/4 tin susu pekat manis
- 1 cawan horlicks (boleh juga digantikan dengan serbuk santan atau nestum yang sudah dikisar)
- 1/2 cawan biskut marie kisar (biskut marie dikisar, diayak dan kemudian barulah disukat)
- 1/2-1 botol kecil pandan paste (Kyra guna 2 sudu ja)
Lapisan Putih :
- 1 1/2 cawan tepung gandum/tepung hong kong (diayak)
- 225g mentega berkualiti tinggi
- 10 biji putih telur A
- 1 cawan gula halus (boleh dikurangkan mengikut citarasa)
- 1/2 tin susu pekat manis
Cara-cara:-
Lapisan Hijau :
Kuning telur dan gula dipukul sampai kembang. Di dalam mangkuk berasingan, mentega dan susu manis dipukul sampai putih dan barulah disatukan dengan kuning telur tadi. Putar sebati dengan kelajuan minima. Kemudian masukkan horlicks, tepung biskut marie dan pandan paste. Putar hingga sebati. Kemudian adunan dibahagikan kepada beberapa bahagian sama rata dalam bekas/cawan yang sama saiznya.
Lapisan Putih :
Pukul putih telur sampai kembang. Masukkan gula halus dan pukul lagi hingga kental. Di dalam mangkuk berasingan, pukul mentega bersama susu manis sampai putih dan barulah disatukan dengan putih telur. Putar dengan kelajuan sederhana. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan kacau rata-rata. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian mengikut citarasa. (contoh jika adunan hijau 4, lapisan putih pun 4, atau 5-5, atau 4-5, atau 5-6)
Kukuslah adunan lapis demi lapis hingga habis. Setiap lapisan dikukus lebih kurang 7-10 minit atau hingga dah tak cair. Untuk lapisan terakhir, sila kukus 1/2 atau 1 jam lagi untuk masak sempurna.
- Balutkan penutup kukusan dengan tuala ketika mengukus. Boleh juga tutup loyang kek dengan kertas foil setiap kali mengukus.
- Jika air sudah hampir kering, tambahkan dengan air panas.
Selamat mencuba !
0 orang ringan tangan:
Post a Comment