November 12, 2011

Contest untuk kita menjadi lebih baik daripada semalam ^^

Salam.
Kali ini Kyra nak join contest yang berunsurkan ilmiah pulak. Kyra nak bertukar dan beralih arah pulak. Contest ini di buat oleh Edd.


Bagi menyertai contest ini anda perlu menulis satu entry dan pendapat yang berkaitan dengan masyarakat sekarang yang semakin lalai dan alpa dengan hiburan duniawi.

****************************

Sebelum memulakan pendapat, Kyra akan berikan definisi budaya. Budaya adalah satu cara hidup yang berkembang dan dimiliki bersama oleh sebuah kelompok orang dan diwariskan dari generasi ke generasi. Budaya terbentuk dari banyak unsur rumit, termasuk sistem agama , politik, adat istiadat, bahasa, perkakas, pakaian, bangunan dan karya seni. Budaya juga merupakan satu pola hidup menyeluruh, bersifat kompleks, abstrak dan meluas.

Berdasarkan definisi di atas dapat kita simpulkan bahawa semua gejala dan masalah yang timbul sama ada baik atau pun tidak bermula dari budaya amnya. Antara penyebab berlakunya gejala yang tidak baik dalam kalangan masyarakat hari ini adalah perasaan ingin tahu dan ingin mencuba dalam kalangan remaja umumnya. Jadi bagi mengatasi masalah ini, ibu bapa dan golongan yang sepatutnya seperti guru boleh menasihati, memantau dan memberi tunjuk ajar kepada mereka supaya tidak mencuba perkara yang boleh merosakkan hidup mereka.

Selain itu, media massa juga merupakan salah satu daripada punca masyarakat lalai dan mengagungkan budaya barat. Sebagai contoh terdapat segelintir cerita, drama dalam televisyen yang menunjukkkan pergaulan bebas dalam kalangan remaja. Hal ini boleh mempengaruhi remaja. Terdapat juga corak dan cara pakaian yang kurang sopan yang jauh tersimpang daripada budaya timur. Ini amat tidak sesuai dengan kita yang mengamalkan budya timur.

Kesimpulannya, budaya boleh diamalkan dalam kehidupan seharian asalkan ia tidak bercanggah dengan adat. norma, dan juga agama kita. Begitu juga dengan hiburan. Kita boleh berhibur asalkan hiburan itu tidak melalaikan kita daripada melakukan perintah agama. Jadi sama-samalah kita mengamalkan budaya yang baik dalam dunia yang penuh dengan cabaran hari ini.

p/s : Kyra cuma tulis berdasarkan pendapat dan tidak ada kena mengena dengan mana-mana individu. Harap maaf kalau ada terslah fakta atau info.

Untuk lebih maklumat mengenai permasalahan dan isu berkaitan dengan topik boleh TEKAN SINI.
Sila TEKAN SINI jugak :)

Kepada sesiapa yang ingin join contest ni boleh klik pada gambar kt atas tu oke.


Terima kasih sudi baca. LIKE sikit !

0 orang ringan tangan: