Salam.
Hai ! Hehe. Rasanya dah berkurun Kyra xupdate pasal resipi kan ? Haha. Malas betoi nak update pasal bnda nih.
So, ptg nih Kyra telah bersedia untuk menaip rsipi biskut ais krim. Penah dgr x ? Penah makan ? Hehe. Xpa2 xpenting kalau xpenah dua2 or salah satu pon xpa. Sila tengok resipi ni pas tu boleh la try buat oke ?
Oke good2 ! Kyra baru bt ja masa raya aidiladha ari tu. :)
Tanpa membuang masa jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-Bahan :
260 g butter
120 g gula icing
320 g tepung gandum
60 g tepung jagung
40 g tepung kentang
1/2 sudu teh baking powder
40 g serbuk badam
2 sudu teh strawberry emulco
sedikit pewarna merah (untuk menampakkn warna merah/ pink tp Kyra xbubuh)
1 biji kuning telur (untuk disapu diatas)
coklat masakan dan manik sebagai hiasan
Cara-cara membuat :
- Pukul butter dan gula sampai kembang.
- Masukkan strawberry emulco dan kacau rata.
- Masukkan ke semua tepung yang telah diayak bersama dengan baking powder dan juga masukkan serbuk badam. gaul rata sehingga menjadi doh.
- Canai doh dan kemudian gelek dan terap dengan acuan ais krim.
- Atur atas loyang dan sapukan telur. Bakar pada suhu 150 C selama 15-20 minit atau sehingga masak.
- Biar biskut benar2 sejuk kemudian celupkan dengan coklat cair dan hiaskan dengan manik.
- Hias mengikut kreativiti dan sedia untuk dihidangkan.
hasilnya begini. maaf biskut sudah di susun dalam bekas begini lah jadinya. :)
Senang bukan ? Selamat mencuba ;)
0 orang ringan tangan:
Post a Comment