October 24, 2011

Takut Hantu ! Tolong !!


Salam.
Entry kali ni Kyra nak ckp tentang hantu pulak. Masalahnya wujud ka hantu ni? Aha. Ini lah persoalannya dan ada satu cerita disebalik entry ni.

Tapi sebelum tu jom kita tgok ayat kat bawah ni dulu k !

Dua makhluk yang dicipta oleh Tuhan dan kemudian diperintah supaya menyembah-Nya adalah jin dan manusia. Walaupun sama dalam pemerintah namun dalam ciptaan mereka terdapat perbezaan yang besar.
Tidak seperti manusia yang dicipta daripada tanaah liat yang kering daripada lumpur yang dibentuk (15:26), makhluk jin dicipta daripada api yang membakar yang tiada asap. Demikian mengikut penjelasan dua ayat al-Quran berikut:

“Dan jin, Kami mencipta sebelumnya daripada api yang membakar” (15:27)
“Dan Dia mencipta jin daripada api yang tiada asap” (55:15)

Sebaliknya manusia pula mempunyai keturunan. Antara keturunannya menjadi musuh bagi manusia, iaitu keturunan Iblis. Kerana ia melakukan sesuatu yang fasiq terhadap perintah Allah. Allah berfirman:

“Dan apabila Kami berkata kepada para malaikat, ‘Sujudlah kamu kepada Adam, maka mereka sujud, kecuali Iblis, ia adalah daripada jin dan ia melakukan kefasiqan terhadap perintah Pemeliharanya. Apa adakah kamu mengambil ia dan keturunannya untuk menjadi wali-wali (sahabat-sahabat) kamu selain daripada Aku, sedang mereka adalah musuh bagi kamu?”(18:50)

Ok berdasarkan ayat di atas dapat disimpulkan makhluk spt jin dan iblis itu wujud. Dan makhluk2 ni boleh menyamar dalam pelbagai bentuk,rupa dan sebagainya.

Hurmm. Skg Kyra nak cerita suatu kejadian yg baru ja berlaku semalam. Al kisahnya bermula begini. Adik Kyra pergi la umah kawan dia semalam sebab nak pinjam kalkulator. Ari nih dia exam math. Malam2 baru nk kalut nk p pinjam. Siang asyik berjalan sana sini. Haha. Kalkulator dia hilang, Kyra punya dah bagi pinjam kat adik yg nak ambik SPM tu. So, terpaksa la dia pinjam dgn bff dia. P la umah kwan dia tu nek beskal.

Di pertengahan jalan, kat titi di tepi sungai fon dia berbunyi. Dia pon berhenti baca mesej sat. Then, suddenly dia rasa cam ada keta lalu, dia pon toleh belakang. Alih2 nmpak makhluk Allah berwarna putih yang sgt tinggi kt sungai tu. Berdiri tegak katanya. Apa lagi gementar,gemuruh macam nak luruh jantung katanya. Teruskan kayuhan ke umah kawan dia tu. Tapi dia ckp nak kayuh beskal pon dah rasa cam xlarat sebab terkejut nampak benda tu.

Dia balik umah dengan muka pucat dan takot2. Duk story la kat kami kat umah ni. Kyra yang dengar pon cam seram mugak lah. Disebabkan perkara yang terjdi, Kyra tdoq awai semalam. Haha. Mau xtdoq awai tkot punya pasai. Alih2 baru ja ltak kpala nak tdoq bau daun kari pulak. Fikir la jugak sapa pulak yang nk masak dah pukul 11 lebey cmtu. Lagi pon sunyi sepi ja xdak pulak dengar jiran2 tengah menumis ka apa. Hohoho. Terus pejam mata xbukak dah walaupon xboleh nak lelap.

Alhadulillah boleh jugak lelap dan bangun pagi dengan selamat ari ni. Ting ! Ahaha. Sihat dan masih boleh berblog lagi. Kesimpulannya jin syaitan suma tu adalah makhluk Allah. Mereka ingkar dengan perintah Allah supaya tunduk kepada nabi Adam a.s. ketika dalam syurga. Allah murka kepada mereka. Jadi, mereka telah berjanji kepada Allah untuk menyesatkan manusia. Tu lah sebabnya perkara yang terjadi pada adik Kyra semalam. Mungkin tu adalah salah satu jenis samaran yang dia nak tunjukkan diri dia pada manusia. So, kita sebagai manusia kena kuatkan iman dan tingkatkan amal ibadat supaya tidak diganggu mereka. InsyaAllah. J


Terima kasih sudi baca. LIKE sikit !

0 orang ringan tangan: