April 2, 2012

BETIK Buah Tropika Yang Banyak Manfaat ??

Salam ^_^V

Betik atau dalam bahasa inggerisnya papaya merupakan antara buah tropika yang mempunyai banyak manfaat kepada kita. Ia mengandungi pelbagai nutrien yang kita perlukan setiap hari sperti protein,mineral dan vitamin. Betik boleh dimakan begitu sahaja atau pun dibuat jus atau jem.




FAKTA 1semakin betik bertambah matang dan ranum, semakin tinggi kandungan vitamin Cnya



ANTARA KEBAIKAN BETIK :-

1.Menyihatkan Paru-paru

Betik boleh mengurangkan risiko kanser paru-paru. Ini kerana betik mengandungi karotenoid. Risiko kanser pparu-paru adalah 27 % lebih rendah di kalangan orang yang mengambil makanan yang mengandungi karotenoid.

2.Menguatkan Sistem Imun
Vitamin C dan A di dalam tubuh terhasil daripada beta-karotena yang ada dalam betik. Vitamin2 ini diperlukan untuk mengekalkan fungsi sistem imun kita. Oleh itu, betik adalah pilihan yang baik untuk mencegah penyakit-penyakit yang mudah berulang sperti selsema dan jangkitan di telinga.

3.Baik Untuk Jantung
Betik juga merupakan sumber vitamin E yang baik. Vitamin A, C dan E ini merupakan antioksidan yang sangat berkuasa. Apabila kolestrol diantioksidan, ia akan melekat di dinding pembuluh darah. Nutrien2 ini membantu menghalang kolestrol daripada teroksida dan melekat ke dinding pembuluh darah, serta menghalang pembentukan plak berbahaya yang akhirnya menyebabkan serangan jantung dan strok.

4.Mencegah Kanser Usus
Serat betik boleh mengikat toksin penyebab kanser di dalam usus dan menjauhkannya daripada sel-sel usus yang sihat. Folat, vitamin C, beta-karotena dan vitamin E betik dapat mengurungkan risiko kanser usus.

5.Menghapus Cacing
Papain (enzim pencernaan yang kelihatan seperti susu) daripada betik muda bersifat anthelmintic. Anthelmintic adalah ubat penghapus cacing dan anthelmintic daripada betik berkuasa menghapuskan cacing bulat. Biji betik juga berupaya membunuh cacing kerana ia kaya dengan bahan bernama caricin yang juga merupakan ubat unuk menyingkirkan cacing bulat.

6.Merawat Gastrik
Papain ialah sejenis  enzim betik yang terdapat dalam betik muda. Ia bermanfaat bagi mengatasi kekurangan jus gastrik dan mukus yang tidak menyihatkan,dispepsia dan iritasi usus. Betik yang ranum mampu mengatasi sembelit, pendrahan buasir, dan cirit-birit kronik.


FAKTA 2Papain iaitu sejenis enzim betik yang diambil daripada getah buah betik muda boleh digunakan untuk melembutkan daging. Ia juga banyak digunakan dalam industri kosmetik dan gula-gula getah. Selain itu, Papain turut digunakan sebagai ubat untuk masalah pencernaan.


FAKTA 3Jus betik muda berguna merawat bebrapa masalah kulit. Sapukan jus betik ke bahagian kulit yang bernanah, berjerawat,berkutil, berketuat dan seumpamanya. Biji betik juga boleh dijadikan pes dan disapu kepada kulit yang berkurap. Jus ini juga boleh membantu menghilangkan jeragat.


Ramai yang tidak tahu tentang manfaat yang terdapat dalam betik. Jadi untuk kekal sihat dan cantik boleh la mengamalkan makan betik dalam menu anda samada dalam betuk jus, sayur, kerabu dan sebagainya.

Sumber:Majalah Anis,April 2012

Terima kasih sudi baca. LIKE sikit !

0 orang ringan tangan: